#navbar-iframe { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }

Recent Posts

Sunday, August 14, 2011

Zahid lebih jahil dari Lim Guan Eng



Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam? Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong?

Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu? Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri?

Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau. Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam.

lihat selanjutnya di cini....

0 comments:

Jejaki Sahabat

Link Jejaki Sahabat

Pos Terkini

IKLAN

Klip image untok membaca

FAHAMAN WAHABI MENULAR Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W.

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

Lau Kaana Khairan Lasabaquuna Ilaihi "Kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya" [DOWNLOAD]
Sampul Depan

ARKIB

mengikuti perkembangan semasa

Untuk apa aku dicari

siapalah aku

  ©Copyright by Abu Muhammad Haikal.

TOPO