#navbar-iframe { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }

Saturday, November 7, 2009

Lagi2 Wahabi

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin

rencana@hmetro.com.my

www.hmetro.com.my/Curr...ndexv_html


Waspada 'tajdid' Wahhabi

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas

isu ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


Sedikit ulasan tentang bahaya wahabi dan kekeliruannya.

Quote::

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Benarkan golongan sunnah mencerca amalan doa qunut dan zikir lepas solat? Hanya yang tak faham sunnah je akan cerca perkara khilaf. Mungkin penulis tak tau beza antara cerca dan kritik.

Quote::
Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mintak pihak berkuasa selesai isu politik dulu. Isu politik lebih memecah belahkan masyarakat.

Quote::
Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Mengapa kita mahu mengaku wahabi sedangkan kita bukan wahabi? Siapa pun takkan mengaku pencuri kalau dia bukan pencuri?

Quote::
Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Islam mudah? Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri memilih perkara mudah antara dua perkara selagi mana ia tidak haram? Apa takrifan mudah? Bukan semua pendapat yang dipegang itu mudah. Apakah pendapat wajib solat jemaah di masjid yang dipegang sebahagian oleh ulama'2 salafi itu mudah? Apakah pendapat wajib isbal pada sebahagian pendapat ulama2 salafi itu mudah? Tak tepat menilai mudah hanya kerana meninggalkan amalan2 yang tak dilakukan salaf.

Tak tepat mengatakan menghina ASWJ sedangkan tiada sepakat ulama dalam menetapkan amalan2 yang disebut penulis.

Quote::

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam

Adakah terdapat ijma' dalam zikir jahar lepas solat? amalan yasin malam jumaat? dan lain2 amalan yang dianggap 'sunnah'?

Quote::
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Setakat yang diketahui, Syeikh Muhammad Abdul Wahab bermazhab hanbali. Juga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah banyak menaqalkan kata-kata Imam Ahmad dalam majmu' nya.

Quote::
Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Ia bukan tuduhan, tapi qaul ulama sebelumnya yang membincangkan perkara tersebut. Umat keliru kerana kita ta'sub pada satu pendapat.Jika kita terbuka,insyaAllah takda yang keliru.

Namun, kita bersetuju memang kekadang pendekatan kita tak kena dalam sesetengah hal.

Quote::
Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahma d, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Setakat yang diketahui, ulama bersepakat tiada bi'dah hasanah dalam ibadah khusus. Pembahagian bid'ah hanya pada sudut bahasa.

Quote::
Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Adakah wujud ijma' dalam penafsiran hadis tersebut? Apapun, yang diketahui istidlal hadith itu menunjukkan yang tiada hasanah dalam bid'ah agama.

Quote::
Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Ibadah khusus tak boleh disyariatkan dengan dalil umum. Ia perlu disyariatkan dengan dalil yang khusus. Jika tidak, boleh je sesiapa nak berjoget lompat2 sebut nama Allah(menggunakan ayat ar-Ra'du 13:28).

Namun, dalam bab berdoa ia memang luas. Cuma jangan di'tiqadkan mesti lepas solat. Masalahnya masyarakat ada yang menganggap wajib doa jemaah lepas solat.

Quote::
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Pengharaman wanita menjadi imam bagi lelaki pun takda dalam hadith. Apakah ia akan jadi halal? Perlu difahami kaedah usul dalam ibadah ialah haram hinggalah menjadi halal.

Jika setiap perkara dalam ibadah khusus boleh ditambah sesuka hati, maka apa gunanya surah al-Maidah ayat 2? Apakah kita mendapat wahyu yang sesuatu amalan itu wajib @ sunnah sedangkan ia tak dilakukan salaf?

Quote::
Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Ini istidlal yang salah. Adapun al-quran boleh dibaca secara bertadarus berdasarkan hadith sahih. Tak diketahui ia dibaca beramai2 atas dengan satu suara, pada waktu tertentu. Ini semua memerlukan dalil.

Sekali lagi menggunakan dalil hadith yang umum tidak tepat. Ini dalil fadilat baca al-quran dan bukan dalil mengharuskan al-quran secara jemaah dengan satu suara.

Apakah jawapan kita pada mereka yang baca al-quran beramai2 sambil menari dan kemudian menjustifikasikan dengan hadith di atas?

Quote::
Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

Alhamdulilah, mereka tidak menghukum mereka sesat. Bab pendekatan tu mungkin benar tapi nak kata mudah perlu dinilai semula.

Quote::
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

Pegangan ibnu Taimiyah mengikut ulama2 salaf. Maka sebenarnya kita ikut ulama salaf dan bukannya ibnu Taimiyah secara mutlak

Quote::
# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

Kita berpegang kepada apa sahaja mazhab selagi mana mereka menafsirkan nas2 dengan benar. Talfiq dibenarkan dengan syarat bukan hendak bermudah2 dengan agama tapi dengan niat menghampiri kebenaran

Quote::
# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

Ini dusta, rasanya tak perlu ulas sehinggala mereka membawa hujah bagi pernyataan ini

Quote::
# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

Bukan semua tawasul yang diharamkan, hanya tawasul kepada manusia dengan anggapan manusia tersebut berpengaruh atas doa.

Quote::
Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

Bab ziarah kubur ada dalam hadith maka tak benar dakwaan ini.

Quote::
Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

Setuju, apa beza berhala dan tugu? Ia mungkin tak disembah sekarang tapi sapa tau in future. Mengikut usul fiqh, lebih baik menutup apa2 pintu kemudaratan.

Quote::
Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

Pujian pada Rasulullah s.a.w dibenarkan dengan syarat tak berlebihan dan atas fakta yang sahih. Bukan fakta dusta seperti yang terkandung dalam barzanji. Sebaik2 pujian ialah selawat ketika solat.

Quote::
Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

Sambutan dibenarkan namun tak perlu mengagungkan tarikh. Sebab tarikh tu pun khilaf. Yang penting intipatinya bukan tarikhnya. Sambutan juga bukanlah sambutan yang sesuai dengan sunnah.

Quote::
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

Kembali kepada ajaran tauhid yang mudah lebih diutamakan.

Quote::
Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

Apa itu fahaman Ash'ari? Bukankah dia sendiri kembali kepada salaf?

Quote::
Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

Ini dusta, tak siapa yang melarang membaca bismillah pada fatihah. Cuma dibincangkan samada ia dibaca kuat atau perlahan

Quote::
Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

Apakah wujud wirid yang lebih baik dari selawat nabi s.a.w? Jika nak baca wirid dibolehkan asalkan tidak dijadikan ibadah khusus dan maknanya tidak berlebihan.

Quote::
Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

Dusta, dalam hadith shahih nabi menyuruh untuk melagukan al-Quran. Cuma saya tak tahu tentang bolehnya melagukan azan.

Quote::
Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

Benar, rujuk sunan ad-darimi tentang bantahan Ibnu Mas'ud tentang zikir jemaah. Tidak diketahui ada dalil khusus membolehkan zikir jemaah dengan satu suara

Quote::
Amalan tariqah dilarang sama sekali

Hanya tariqat yang sesat diharamkan.


Quote::
Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Imam Syafie sendiri kata boleh zikir kuat lepas solat untuk mengajar makmum tentang zikir sunnah. Setelah diketahui, maka hendaklah diam

Masalahnya di Malaysia setiap kali lepas solat 'wajib' zikir kuat, jika tak buat maka dituduh wahabi.

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=168771.html#168771


4 comments:

Anonymous,  November 7, 2009 9:01 PM  

Otak tuan ada masalah. Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan wahabi tidak sesat cuma tak sesuai diamalkan di Malaysia. Nampaknya tuan yang suka memecah belahkan umat Islam. Sepatutnya tuan mendamaikan dua pihak supaya hidup aman. Inilah prinsip BN. Hidup aman dan damai. Tapi nampak tuan ini suka menyalahkan orang lain. Tak sesuai jadi orang BN. Kami penyokong BN.

Abu Muhammad Haikal November 7, 2009 9:19 PM  

salam,

Sebenarnya Otak tuan yang bermasaalah, saya yakin tuan belom baca apa yang tercata di hmetro dan utusan.

adakah tuan faham surah al-fatehah dalam solat 5x sahari?

Nabi sallAllahu 'alaihi wa sallam juga pernah dituduh pemecah belah masyarakat Quraisy...

Kaum Muda pernah dituduh sebagai pemecah belah masyarakat dalam hal mempraktikkan agama di Malaysia.

PAS pernah/sedang dituduh pemecah belah ummat Melayu kerana mengajak rakyat yang beragama ISLAM kembali kepada hukum ALLAH.

Dr Asri dituduh memecahbelahkan amalan agama ISLAM di Malaysia kerana mengajak masyarakat kembali merujuk kepada nas yg sohih.

Ia sunnatullah...

..eik lupa rupanya kamu penyokong BN, patut le...

nasa November 9, 2009 12:14 PM  

syeikh, ana copy artikel ni tampal kat blog ana. harap di izin (dah buat pun..)hehehe
TQ.

Bahauddin Amyasi November 9, 2009 12:24 PM  

Komplit banget penjabarannya..

salam sukses!

Blog Widget by LinkWithin

Jejaki Sahabat

IKLAN

ARKIB

mengikuti perkembangan semasa

  ©Copyright by Abu Muhammad Haikal.

TOPO