Recent Posts

Sunday, September 7, 2008

Al-Roqyah Al-Syare’yah

“ Sesungguhnya ayat-ayat yang di warisi Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA daripada gangguan makhlus halus secara berkesan!! ”" Al-Roqyah Al-Syare’yah "Dan, anda sendiri dapat merawat dan membenteng diri anda daripada gangguan makhlus halus !!

Jin itu sendiri berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri iaitu ayat-ayat Al-Quran. Dan petunjuk dari Rasulullah s.a.w.

Tanda-tanda yang mungkin berlaku:

  • Rasa rendah diri.
  • Ketakutan.
  • Histeria.
  • Dirasuk (tidak sedarkan diri) sewaktu berada di tempat-tempat tertentu.
  • Fikiran bercelaru.

Terjadi juga Jin yang diarahkan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau keluarga. Umumnya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Kebiasaannya terdapat tanda-tanda seperti :

  • Lebam pada badan.
  • Kesan gigitan pada badan.
  • Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
  • Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
  • Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
  • Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
  • Di kacau ketika beribadah.
  • Hubungan dalam keluarga menjadi dingin.
  • Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.


Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa (keturunan).

Ini kemungkinan berlaku seperti:

  • Mimpi binatang2 yang ganas dan lain-lain.
  • Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.
  • Ketakutan yang luar biasa.
  • Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.
  • dan pelbagai masalah lain seumpamanya.

Bacaan Al-Roqyah Al-Syare’yah salah satu cara terbaik memungkinkan dapat mengatasi masaalah dan dapat menyembuhkan serta mencegah penyakit lain seperti:

  • Santau
  • Susuk
  • Pukau
  • Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan
  • Perniagaan/premis yang disihir
  • Perbalahan suami-isteri
  • Pendarahan yang berterusan ( istihadhah)
  • Anak-anak menangis diwaktu malam
  • Penyakit yang tidak dapat diselesaikan dengan perawatan morden.


Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda.


Membaca dan mengamal Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W yang saat ini hampir dilupai dan hilang dalam kalangan masyarakat kita.

Melakukan terapi menggunakan Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah satu cara untuk menghindari dari melakukan syirik dari menggunakan khidmat bomoh atau dukun.

Pengamal perubatan Islam adalah mereka yang menggunakan ayat Al-Rogyah Al-Syare’yah dan membacanya secara terang dan jelas serta dapat didengari. Jika ada yang membaca secara berkumat-kamit dan aneh bacaannya serta menggunakan asap (kemenyan) semasa terapi dijalankan, berkemungkinan ianya menggunakan jin dan tidak mengikut cara pengubatan Islam yang betul.

Membacanya adalah satu ibadah kerana hampir semua yang terdapat dalam susunan Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah daripada ayat Al-Quran.

Melakukan Al-Rogyah Al-Syare’yah secara bersungguh-sungguh dan ikhlas adalah terapi dan pendinding kepada diri, keluarga dan rumahtangga dari gangguan manusia, jin dan syaitan.


AUDIO AYAT-AYAT RUQYAH SYAR'IYYAH :

Download Ayat-ayat ruqyah MP 3 :

Ingin mendownload Audio Ruqyah versi 1 Khalid Al-Qahtani

Ingin mendownload Audio Ruqyah versi 2 SheikhSaadAl-GhamdiRuqya.mp3

Ingin mendownload Audio Ruqyah versi 3 NabeelAl-Awadi.mp3

Ingin mendownload Audio Ruqyah versi 4 SheikhMisharyRashedAl-EfasyRuqya.mp3

Ingin mendownload Audio Ruqyah versi 5 Klik Disini

VIDEO RUQYAH SYAR'IYYAH :

Download Video tata cara meruqyah Ustadz Fadlan Abu Yasir disini

Download Video Penjelasan tentang ruqyah Ustadz Fadlan Abu Yasir L.c

Download EBook

Hibungi : 019 906 3456 Jika saudara/i ada masaalah kerana ada beberapa orang sahabat saya dikalangan "manhaj salafi" mengadakan perubatan percuma ( Kerana Allah swt) dengan ditentukan temujanji terlebih dahulu.

2 comments:

  1. assalamualaikum sheikh,
    mana ayatnya? Diharap sheikh dapat post kan ayat Al Rogyah Al Syare'yah ini. TQ

    ReplyDelete
  2. walaikummusalam,

    akan saya paparkan dalam sedikit masa lagi,InayaAlLah,

    wassalam



    atau ambila saja di sini

    Click here to download E-Buku

    ReplyDelete

إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Sesungguhnaya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang bodoh. (QS Hud : 46).

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Jejaki Sahabat

Pos Terkini